Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

FELDA (Federal Land Development Authority) atau nama melayunya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Felda Bukit Sagu terletak dalam daerah Kuantan, Pahang. Lokasinya terletak kira-kira 30km dari pusat bandar Kuantan dan telah mula dipelopori oleh FELDA pada tahun 1980.

Para peneroka mula memasuki dan seterusnya telah mendirikan penempatan mereka di Felda Bukit Sagu pada tahun 1983. Menurut penduduk setempat, Felda ini telah diberi nama ‘Bukit Sagu’ kerana ianya pernah dipenuhi dengan sagu pada suatu ketika dahulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 |TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Math Quiz

Aktiviti Terkini | 22 November 2015

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menguji kecerdasan minda kanak-kanak dalam subjek Matematik dan memberi latih tubi berkaitan subjek Matematik kepada kanak-kanak...baca selanjutnya

BSN School Carnival

Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2015

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan fungsi PI1M & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI1M dan memberi imej positif dan menunjukkan penglibatan PI1M dalam aktiviti komuniti...baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG

Aktiviti Terkini | 27 September 2015

Membersihkan persekitaran PI1M dan mengeratkan hubungan silaturrahim dengan penduduk setempat. Selain itu, dapat memberikan kawasan persekitaran yang bersih dan selesa kepada pengunjung PI1M, gotong-royong ini juga dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara pengunjung dan petugas PI1M serta para penduduk setempat yang lain. Selain itu, slot Klik Dengan Bijak (KDB) juga turut diselitkan bersama dengan aktiviti kali ini...baca selanjutnya

DiGi CyberSAFE

Aktiviti Terkini | 02 Ogos 2015

Digi CyberSAFE bertujuan untuk mendidik serta mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu-isu teknologi dan sosial yang dihadapi oleh para pengguna internet, terutamanya mengenai bahaya semasa berada di atas talian.baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 31 Julai 2015

Selain dapat memberikan kawasan persekitaran yang bersih dan selesa kepada pengunjung PI1M, gotong-royong ini juga dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara pengunjung dan petugas PI1M serta para penduduk setempat yang lain. Selain itu, slot Klik Dengan Bijak (KDB) juga turut diselitkan bersama dengan aktiviti kali ini...baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2015

Memfokuskan kepada pembersihan kawasan PI1M dan sekitarnya agar kelihatan lebih bersih dan kemas serta bebas dari sampah-sarap dan semak-samun...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti