INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
DAERAHKUANTAN
DUNSUNGAI LEMBING
MUKIMULU KUANTAN
PARLIMENPAYA BESAR
NEGERIPAHANG

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, antara jumlah penduduk di sekitar Felda Bukit Sagu 1, 2 & 3 secara keseluruhannya adalah seramai 10,043 orang. Ini termasuklah anak, cucu dan sebagainya. Manakala jumlah peneroka di Felda Bukit Sagu tersebut adalah seramai 712 orang.

Antara sektor pekerjaan yang dipelopori oleh penduduk setempat sebahagian besarnya adalah sebagai peneroka FELDA . Namun selebihnya adalah dari segi perniagaan kedai runcit, peniaga kedai makan, perternakan, pertanian dan sebagainya.

Rekreasi & Pelancongan
Antara Tempat-tempat menarik sekitar Bukit Sagu

Di antara tempat menarik yang boleh di lawati adalah Muzium Sungai Lembing, Air Terjun Pandan, Air Terjun Pelangi, Gunung Panorama, Gunung Tapis, Tai Pei Tong (Lombong bijih timah bawah tanah) Ladang Rusa, Jambatan Gantung yang sudah berusia lebih 100 tahun dan Time Capsule Retreat adalah salah satu tempat penginapan yang tersenarai sebagai ‘Top 10 Hotel to Visit in Malaysia’. Salah satu tempat yang terkenal di Sungai Lembing adalah Muzium Sungai Lembing. Muzium ini terletak di Kuantan, Pahang.  Jarak perjalanan adalah sejauh 29 kilometer dari Bandar Kuantan dan perjalanan mengambil masa 40 minit. Merentasi kawasan Felda sepanjang perjalanan. Sungai Lembing dahulunya dikenali sebagai sebuah tapak perlombongan bijih timah yang paling dalam dan yang terbesar di dunia. Kini ianya menjadi sebuah lokasi tempat bersejarah yang diuruskan oleh Jabatan Muzium. Bagi yang sukakan sejarah dan ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan industri lombong bijih timah, bolehlah ke sini.


Air Terjun Sungai Pandan
Merupakan destinasi Air Terjun yang paling popular di Kuantan. Ianya sesuai bagi mereka yang nak berkelah dan berpiknik bersama keluarga di hujung minggu.
Waktu Operasi :
Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi – 5.00 petang)
Rabu Tutup untuk kerja penyelenggaraan
Sabtu/Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah dibuka (9.00 pagi – 5.00 petang)
Antara kemudahan yang ada di Air Terjun Sungai Pandan ini ialah tempat letak kenderaan, gerai makanan, surau, tapak perkhemahan, pondok
berehat, kolam mandian untuk kanak-kanak, padang, dan jambatan gantung.


Kedai Makan Pak Abu

Kedai makan yang menarik sekitar kawasan Bukit Sagu ini ialah Kedai Makan Pak Abu. Kedai makan ini menjadi tumpuan penduduk di kawasan ini yang mana lokasinya yang strategik bersebelahan kedai runcit. Kedai makan Pak Abu ini menjadi tumpuan kerana menghidangkan masakan tengah hari yang terdiri daripada pelbagai jenis lauk (yang mempunyai banyak pilihan). Kedai makan ini dibuka setiap hari kecuali hari Ahad.

Kemudahan Awam

Antara kemudahan awam setempat adalah berdekatan dengan Klinik Kesihatan, kemudahan Masjid, Dewan Balairaya, Kedai Runcit, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, Perhentian bas, Dewan Serbaguna dan Gelanggang Bola dan Futsal.

Pendidikan

Antara maklumat pendidikan setempat adalah Sekolah Kebangsaan Bukit Sagu 1 Sekolah Kebangsaan Bukit Sagu 2 & 3 serta Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sagu.

Kisah Kejayaan

Nama : Ahmad Bukharie Bin Saidi
Alamat : No. 5, Felda Bukit Sagu 01, 26130 Kuantan, Pahang.
Umur : 17 Tahun
No. Telefon : 011-16859613
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2015
Laman Web : http://www.fivejump.com.my
FB : https://www.facebook.com/fivejump
Whatsapp : 011-16859613
Instagram : https://www.instagram.com/fivejumpofficial/

Bentuk perniagaan :-
Merupakan rakan niaga bagi produk minuman Five Jump separuh masa dengan membuka gerai di hadapan rumah secara kecil-kecilan.

Latar belakang :-
Bermula secara kecil-kecilan dengan mempromosikan kepada rakan-rakan dan kemudian berjaya membuka gerai di hadapan rumah untuk jualan kepada umum.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :-
Pendapatan untuk sebulan hanya sekitar RM200-RM250 sahaja dengan anggaran jumlah pelanggan bulanan seramai 100 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :-
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Sagu, beliau kini telah berjaya menguasai penggunaan Facebook bagi mempromosikan lagi produk minuman dan jualannya kepada umum. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1200 sebulan.

Apa yang dipelajari melalui PI1M :-
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB dan Instagram
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, selain pengiraan untung dan rugi bagi jualan beliau.
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB dan Instagram

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT :-
- PI1M membantu mempromosikan produk dengan lebih meluas.
- Memberi kelas tambahan tentang cara meluaskan lagi rangkaian perniagaan secara atas talian.

Maklumbalas :-
Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Sagu telah banyak membantu beliau dalam memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang ICT dan juga keusahawanan. Beliau berharap agar pendekatan seperti ini dapat diteruskan lagi agar lebih ramai usahawan tempatan dapat memajukan perniagaan mereka di peringkat global.

Ahmad Bukharie Bin Saidi


Nama : Muhammad Haziq Hakimi Bin Nasri
Email : haziqhakimi272@yahoo.com
Alamat : No.399 Felda Bukit Sagu 1
Umur : 15 tahun
No. Telefon : 01119795377
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2016
Latar belakang sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sagu
Tingkatan : 3 Amanah
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT : Memberi kelas tambahan
FB : haziqhakimi272@yahoo.com
Whatsapp : 01119795377

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :-
Sebelum penglibatan ICT di PI1M, beliau tidak tahu menaip, tidak pandai menggunakan media sosial seperti facebook dan tidak tahu mencari bahan untuk membuat kerja sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :-
Selepas penggunaan ICT, beliau sudah pandai mencari maklumat, sudah ada akaun facebook dan email sendiri serta pandai menaip dengan pantas.

Apa yang dipelajari melalui PI1M :-
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan membuat kerja sekolah
- Mempelajari cara membuat mendapatkan maklumat di google dan bagaimana cara untuk menyimpan di dalam pendrive.
- Etc

Maklumbalas :-
Pengurus/ Penolong Pengurus PI1M banyak membantu beliau dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Bimbingan tentang pembelajaran tersebut perlu ditingkatkan.

Muhammad Haziq Hakimi Bin Nasri


Nama : Khamisah Binti Abu Samah
Email : khamisah@gmail.com
Alamat : No.6 Lorong 10, PAKR Panching, 26090 Kuantan Pahang
Umur : 50 tahun
No. Telefon : 014-5198968
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2015
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M : Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan
FB : https://www.facebook.com/Pizzas-Frozen-Food-938594192927882/
Whatsapp : 014-5198968
Instagram : KhamisahAbuSamah

Bentuk perniagaan :- Usahawan separuh masa bagi penghasilan kerepek dan makanan sejuk beku. Menghasilkan produk seperti pelbagai aneka kerepek, biskut-biskut, roti dan makanan sejuk beku.

Latar belakang :-
Pn. Khamisah telah menjual makanan sejuk beku dan aneka kerepek secara kecil-kecilan disekitar rumahnya. Mula menerima tempahan dan mula berjinak-jinak dengan pernigaan kecil-kecilan sejak setahun yang lalu. Produk yang dihasilkan diletak di kedai-kedai runcit yang berdekatan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :-
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Sagu, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini kian meningkat.

Apa yang dipelajari melalui PI1M :-
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung / rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB dan whatsapp

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan / peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI1M membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas tambahan dengan mengajar cara membuat FB dan sebagainya.

Maklumbalas
Pengurus/ Penolong Pengurus PI1M banyak membantu beliau dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Bimbingan tentang keusahawanan tersebut perlu ditingkatkan dan promosi perlu diperbanyakkan.

Khamisah Binti Abu Samah

Keusahawanan

ABQARI PRINTING (CA0192760-A)
SIMPLY CREATIVE PRODUCE QUALITY
159, FELDA BUKIT SAGU 1, 26130, KUANTAN, PAHANG
Laman sesawang : abqariprinting.simplesite.com
TEL : +60109061418-SHAM


NamaKedai/Premis : Mieca Jaya Food Enterprise
NamaPemilik/Pengasas : Khamisah Binti Abu Samah
Alamat : No. 6Lorong 10 PAKR Panching, 26090,
Kuantan, Pahang Darul Makmur.
No. Tel : 012-9643165 / 014-5198968
Produk yang dikeluarkan :Sejuk Beku & Kerepek & Cookies
Tarikhmulaberniaga : 14 September 2015 (mula daftar SSM)
Lamansesawang : Facebook ~ Khamisah Abusamah